Ada Soalan

Produk

1Adakah ii99 mempunyai kanta lekap untuk astigmatisme?
Tidak, ii99 tidak menyediakan kanta lekap untuk astigmatisme. Sila periksa preskripsi anda sebelum membuat pembelian
2Mengapa rupa sebenar berbeza daripada paparan foto di laman web?
Kesan pemakaian sebenar mungkin berbeza terutamanya disebabkan oleh perbezaan warna mata asal dan corak iris. Faktor lain seperti pencahayaan, penapis kamera, bentuk mata, dan sebagainy, juga mungkin menyebabkan perbezaan.
3Bagaimana cara membuat pesanan jika mata saya mempunyai kuasa yang berbeza?
Sila tambah dua kotak, masing-masing dengan diopter yang berbeza, mengikut keperluan anda.
4Adakah ii99 mempunyai kanta lepkap untuk rabun dekat?
Tidak, ii99 tidak menyediakan kanta lekap untuk rabun dekat. Sila periksa preskripsi anda sebelum membuat pembelian.
5Bilakah tarikh tamat tempoh kanta lekap?
Anda boleh menemui tarikh pembuatan dan tarikh tamat tempoh pada pembungkusan.

Pemakaian dan Penjagaan

1Apa yang perlu dilakukan sebelum memakai kanta lekap?
Sebelum menyentuh kanta lekap anda, pastikan tangan anda bersih dan kering. Untuk kanta lekap yang tidak dibuang setiap hari, rendam kanta lekap dalam “multi-purpose contact lens solution” sekurang-kurangnya 8 jam sebelum kali pertama dipakai. Gosok dan bilas kanta lepkap dengan solution sebelum dan selepas digunakan. Sebelum memakainya, periksa bentuk kanta lekap untuk memastikan bahawa ia tidak terbalik.
2Mengapa penglihatan saya kabur ketika memakai kanta lekap?
Terdapat dua kemungkinan sebab. 1. Periksa sama ada anda telah membeli diopter dan jarak pangkal yang betul mengikut preskripsi. 2. Periksa bentuk kanta lekap untuk memastikan bahawa ia tidak terbalik, jika tidak, ia akan menyebabkan ketidakselesaan dan bergerak ketika anda berkedip.